
![]() Kerna luarnya tampak halus tapi intinya besi Barangkali fantastik , sarkastik atau realistik . Aku cuma hentak aksara keyboard ikut minda . Kalanya, beremosi kadangnya, objektif . Betul dengan deen, betul jua bagi aku & vice-versa . Apa aku kata buat , semuanya lillahi . Ada error aku alu-alukan correction anda . |
TENTANG HATI
15:27 ϟ
Dalam aku menyepi, ada sesuatu yang sedang menari-nari di laman hati. Dalam aku menidakkan sesuatu yang ganjil untuk hadir, ia tetap menyinggah menghiasi kekosongan yang diingini aku, bernama manusia ini. Acapkali, sahabat memperingatkan aku bahawa ia suatu yang fitrah. Allah pemberinya untuk memenuhi fitrah. Ia bukan suatu dosa untuk membiarkan ia terus bersarang di hati. Yang menjadi salah, jika aku memilih cara yang salah untuk memeliharanya. Yang menjadi salah, jika aku membiarkan ia dewasa sehingga memenuhi keseluruhan ruang yang sepatutnya diisi dengan cinta pada Dia yang Maha Esa.
Aku seringkali menangis, menahannya. Aku tahu ia bukan suatu dosa, namun sedar, jika tiada sekatan, jiwa yang lemah ini akan tersungkur lagi. Aku cuma mahu, jiwa dan jasad ini terus kental untuk tidak terlibat dengan cara yang salah dalam memaknai rasa yang ada di hati ini.
"Kau dah suka orang yang betul. Dia bukan bunuh orang pun. Kalau kau memang yakin, dia orang yang betul, perasaan itu bukan dosa. Allah yang bagi, Kenapa nak hilangkan? Kawal ia!" - Kak H
Begitulah. Doakan aku, moga ia dipelihara dengan keredhaan Allah. Aku mahu Allah redha dengan perasaan aku ini. Aku mahu rasa ini menjadi suatu pahala, dan mendapat redha Allah. Aku tidak mahu mengulang semula suatu yang salah, menjauhkan aku dari Tuhanku.
Siapa yang membaca ini, doakan aku.
Ya Allah, beri aku kekuatan dan redhaMu untuk aku pelihara perasaan ini.
0 sarcasm |