Identifikasi kad dengan nama Gadis Besi
Kerna luarnya tampak halus tapi intinya besi
Barangkali fantastik , sarkastik atau realistik .
Aku cuma hentak aksara keyboard ikut minda .
Kalanya, beremosi kadangnya, objektif .
Betul dengan deen, betul jua bagi aku & vice-versa .
Apa aku kata buat , semuanya lillahi .
Ada error aku alu-alukan correction anda .


Masa Yang Lama
17:31 ϟ


Jika diperhati dalam setiap bait yang aku puitiskan di laman ini, terlalu banyak yang mempersoal tentang kelana aku yang masih lagi kabur dan tidak beridentiti. Ia sukar, perih dan sangat mengelirukan sampai detik aku seperti mahu putus harap. Tapi, Allah itu hebat, walau aku rasa diri seperti tidak beridentiti, tapi di sudut yang dalam dalam jiwa, aku erti dan faham apa sebenar tujuan aku. Cuma langkahan itu, yang tidak beridentiti. 

Aku yang terlalu gemar pada awangan, menerbangkan diri yang kosong ini dengan sesuatu yang aku sedar, ia palsu. Namun, aku tetap hanyutkan diri dalam itu. Kenapa? Kenapa walau aku sedar perlunya keluar dari penjara, jasad dan roh aku seperti digari? Aku bergerak, tapi tetap pada pasak yang sama. Tidak beranjak.

Aku selidiki, puncanya sememangnya aku. Konon, dikata itu sebagai eskapisme rutin dunia yang memenatkan. Namun, sebenarnya itu cuma helah, untuk tak berpijak di bumi nyata. Tapi, sebenarnya aku hilang dan sesat, tidak bertemu pintu yang aku sendiri sembunyikan.

Kini, aku sudah mula menjejaki pintu itu, namun ia masih kabur dari penglihatan dan terlihat jauh. Namun, aku nak mencuba dan terus mencuba, tanpa putus asa, untuk benar-benar memulas tombol itu, dan beralih ke satu dunia sebenar, yang mendefinisikan aku sebenarnya. Masa itu, aku tahu ia akan lama dan mungkin langkah ini akan tersungkur sekali dua. Doakan aku kuat. Jika kau kenal aku ini siapa, dekatilah dan bantu pegangkan tangan ini, untuk terus bangkit dan mengejar pintu itu sehingga tampak jelas. Doakan, masa yang aku fikirkan lama itu, akan tetap bawa aku ke arah tuju itu, dan bukan berhenti. Doakan.





<<Older Post ϟ Newer Post>>