
![]() Kerna luarnya tampak halus tapi intinya besi Barangkali fantastik , sarkastik atau realistik . Aku cuma hentak aksara keyboard ikut minda . Kalanya, beremosi kadangnya, objektif . Betul dengan deen, betul jua bagi aku & vice-versa . Apa aku kata buat , semuanya lillahi . Ada error aku alu-alukan correction anda . |
Silence
23:53 ϟ
Lama sungguh aku mendiamkan jari dari menulis .
Mungkin kerana masaku yang kini dimamah dengan sibuk . Ahh, alasan klise yang mahu muntah didengar . --------- Baik, ayuh sudahkan di sini pendahulu esei kita -------- Apa yang aku mahu bicarakan di sini, Sepanjang aku bungkam di helaian elektronik ini, Umurku sudah mendaki jauh , Tangga-tangga yang diisi dengan pelmacam rencah , Sehingga deria rasa kini sudah mati . Apa yang ingin aku ungkapkan adalah, aku kini sedang membesar, Masih terkapai mencari hala yang kadangnya cerah di mata kadangnya malap semula. Aku masih membina identifikasi yang masih belum tentu, Menyoal diri tentang itu ini sehingga pasti. Doakan aku, moga cepat bertemunya. Supaya aku boleh menjadi lebih cantik untuk berjalan di atas laluan menuju Illahi. Empat hari lagi, akan bermula episod yang baharu di tempat itu, Ya masih di tempat itu lagi, Doakan juga moga aku dapat mencipta momen pahit masam tapi didominasi manis ya. Sampai jumpa lagi di helaian seterusnya. 0 sarcasm |