Identifikasi kad dengan nama Gadis Besi
Kerna luarnya tampak halus tapi intinya besi
Barangkali fantastik , sarkastik atau realistik .
Aku cuma hentak aksara keyboard ikut minda .
Kalanya, beremosi kadangnya, objektif .
Betul dengan deen, betul jua bagi aku & vice-versa .
Apa aku kata buat , semuanya lillahi .
Ada error aku alu-alukan correction anda .


#1
12:40 ϟ

Hidup ini memang normalitinya maujud hazan serta farah.
Normal bukan abnormal .
Mungkin beda kalau kau kata dalam life kau cuma terhias dengan farah sahaja .
{ Ehem , ragu di sini . Abnormalkah life kau ini ? } "kata hati"

Kerapnya , bila dibadai tsunami sahaja baru kau akan duka sejuta .
Benar ?
Memang benarlah "Kata aku lagi"
Nasihat aku , sentiasa ingat bahawa kau sentiasa ada penolong . Yang takkan tinggalkan walau kau berinfiniti kali melupakannya . 
Siapa ?
Rabbi jua Rabbuna .
Allah .
Muktamad , hanya Dia sahaja yang benar-benar setia di sisi kita walau apa jadi sekalipun .
Bila kusut , balik kepada Dia .
Bila difitnah , merintih kepada Dia .
Bila hilang semangat , mohon kekuatan daripada Dia .
Begitu juga kalau kau dapat nikmat , syukurlah pada Dia.
Segalanya adalah ujian Dia .
Dia nak tengok sejauh mana level iktikad dan serah diri kita pada Dia .
Dia nak uji iman kita sahih atau tidak .

So, nak runsing apa lagi .
Allah ada . 
Menangislah , merintihlah , bersyukurlah pada Dia .
Sebab , bila kita dah tiada siapa mendukung kita di sebelah , hanya Dia yang ada .
Believe my friends , believe ! 



<<Older Post ϟ Newer Post>>