Identifikasi kad dengan nama Gadis Besi
Kerna luarnya tampak halus tapi intinya besi
Barangkali fantastik , sarkastik atau realistik .
Aku cuma hentak aksara keyboard ikut minda .
Kalanya, beremosi kadangnya, objektif .
Betul dengan deen, betul jua bagi aku & vice-versa .
Apa aku kata buat , semuanya lillahi .
Ada error aku alu-alukan correction anda .


PUJUKAN
17:08 ϟ


Hatiku sejuk apabila aku punya sesuatu, tetapi ia beralun bersama angin lalu tanpa singgahan. Jika tiba di singgahan, ia seakan lalu di hadapan mata yang terpejam atau ia berlalu memberi sesuatu pada yang lain. Ini sakit, tapi kenapa perlu punya rasa ini? Sedangkan aku perlu gembira berkongsi. Aku perlu gembira apabila kesayangan menemukan singgahan sesuai. Meski, aku ini cuma terbang begitu. Kau perlu gembira, wahai hati. Tolonglah!

Namun, aku manusia, yang hakikinya punya hati yang lemah, Tuhan! Hujan yang makin melebat di dalam, sendirian aku cuba usaha untuk menyeka. 

Istighfar, hati !
Bukankah Allah sudah rencana yang paling terbaik dan sempurna buat kau.
Mungkin belum waktu.
Mungkin belum sesuai, jadi Allah tahan.
Terus ikhlaskan hati dan apa yang perlu dilaku. 
Kau mahu jaya itu, bersama.
Kalau manusia di sisi kau mahu jaya itu pada dia, tunggal,
Teruskan senyum dan balutinya dengan ikhlas.
Bukankah mata Allah itu lebih hebat singgahan berbanding mata manusia.
Terus melangkah, hati! Normal merasa sejuk dan hujan itu, tapi belajarlah untuk payungi dan nyamankan dengan kasih sayang, cinta dan ikhlas. 
Kau bahagia, dan lain bahagia. 
Bukankah itu lebih bermakna.




SUATU YANG BAHARU
12:37 ϟ


Hampir tiga hari, aku sudah mula langkahan ke suatu fasa yang baharu dalam hidup. Segala puji bagi Allah, segalanya dipermudahkan dan aku masih menyesuaikan diri dengan suasana yang berbeza dari apa yang aku ada selama ini. Harapannya, aku ingin melakukan sehabis baik dalam dunia yang aku masuk ini, Moga aku dapat melakukan apa jua perkara sehabis baik, seikhlas hati dan sebahagia yang mungkin, berpegang dengan utuhan yang pasak pada garis Islam.

Doakan aku, sahabat.
Redhai aku, ya Allah.



TENTANG HATI
15:27 ϟ


Dalam aku menyepi, ada sesuatu yang sedang menari-nari di laman hati. Dalam aku menidakkan sesuatu yang ganjil untuk hadir, ia tetap menyinggah menghiasi kekosongan yang diingini aku, bernama manusia ini. Acapkali, sahabat memperingatkan aku bahawa ia suatu yang fitrah. Allah pemberinya untuk memenuhi fitrah. Ia bukan suatu dosa untuk membiarkan ia terus bersarang di hati. Yang menjadi salah, jika aku memilih cara yang salah untuk memeliharanya. Yang menjadi salah, jika aku membiarkan ia dewasa sehingga memenuhi keseluruhan ruang yang sepatutnya diisi dengan cinta pada Dia yang Maha Esa. 

Aku seringkali menangis, menahannya. Aku tahu ia bukan suatu dosa, namun sedar, jika tiada sekatan, jiwa yang lemah ini akan tersungkur lagi. Aku cuma mahu, jiwa dan jasad ini terus kental untuk tidak terlibat dengan cara yang salah dalam memaknai rasa yang ada di hati ini.

"Kau dah suka orang yang betul. Dia bukan bunuh orang pun. Kalau kau memang yakin, dia orang yang betul, perasaan itu bukan dosa. Allah yang bagi, Kenapa nak hilangkan? Kawal ia!" - Kak H

Begitulah. Doakan aku, moga ia dipelihara dengan keredhaan Allah. Aku mahu Allah redha dengan perasaan aku ini. Aku mahu rasa ini menjadi suatu pahala, dan mendapat redha Allah. Aku tidak mahu mengulang semula suatu yang salah, menjauhkan aku dari Tuhanku. 

Siapa yang membaca ini, doakan aku. 
Ya Allah, beri aku kekuatan dan redhaMu untuk aku pelihara perasaan ini.



Masa Yang Lama
17:31 ϟ


Jika diperhati dalam setiap bait yang aku puitiskan di laman ini, terlalu banyak yang mempersoal tentang kelana aku yang masih lagi kabur dan tidak beridentiti. Ia sukar, perih dan sangat mengelirukan sampai detik aku seperti mahu putus harap. Tapi, Allah itu hebat, walau aku rasa diri seperti tidak beridentiti, tapi di sudut yang dalam dalam jiwa, aku erti dan faham apa sebenar tujuan aku. Cuma langkahan itu, yang tidak beridentiti. 

Aku yang terlalu gemar pada awangan, menerbangkan diri yang kosong ini dengan sesuatu yang aku sedar, ia palsu. Namun, aku tetap hanyutkan diri dalam itu. Kenapa? Kenapa walau aku sedar perlunya keluar dari penjara, jasad dan roh aku seperti digari? Aku bergerak, tapi tetap pada pasak yang sama. Tidak beranjak.

Aku selidiki, puncanya sememangnya aku. Konon, dikata itu sebagai eskapisme rutin dunia yang memenatkan. Namun, sebenarnya itu cuma helah, untuk tak berpijak di bumi nyata. Tapi, sebenarnya aku hilang dan sesat, tidak bertemu pintu yang aku sendiri sembunyikan.

Kini, aku sudah mula menjejaki pintu itu, namun ia masih kabur dari penglihatan dan terlihat jauh. Namun, aku nak mencuba dan terus mencuba, tanpa putus asa, untuk benar-benar memulas tombol itu, dan beralih ke satu dunia sebenar, yang mendefinisikan aku sebenarnya. Masa itu, aku tahu ia akan lama dan mungkin langkah ini akan tersungkur sekali dua. Doakan aku kuat. Jika kau kenal aku ini siapa, dekatilah dan bantu pegangkan tangan ini, untuk terus bangkit dan mengejar pintu itu sehingga tampak jelas. Doakan, masa yang aku fikirkan lama itu, akan tetap bawa aku ke arah tuju itu, dan bukan berhenti. Doakan.





<<Older Post